Tuesday, 5 November 2013

Pengenalan Nira Asli Utara (NAU)


NIRA ASLI UTARA ENTERPRISE (NAU) (RA0022027-T) merupakan syarikat jenis enterprise berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Tahun 2011 beralamat 928,Kampung Tebok,02700 Simpang Empat,Perlis di bawah pengurusan ENCIK ANUAR BIN AIN.

NAU merupakan sebuah syarikat yang mengusahakan Ladang Nipah di sekitar Simpang Empat, Perlis seluas beberapa ekar. Antara produk awal yang di inovasikan oleh NAU ialah:-

(1) Botol Pelindung Air Nira;
Botol plastik yang di gunakan untuk melindungi air nira yang di tadah daripada terdedah kepada haiwan-haiwan yang menjadikan air nira sebagai makannya seperti Tebuan, Semut dan Lebah. Ini dapat memberi jaminan air nira yang di tadah untuk di proses dan di pasarkan adalah bersih dan selamat untuk di minum serta di gunakan.

(2) Perangkap Tebuan;
 Tebuan merupakan satu ancaman kepada penadah air nira kerana air nira ialah salah satu sumber makanan Tebuan. Bagi pemungut air nira yang menggunakan pembungkusan plastik, tebuan dapat menyebabkan pembungkusan plastik tersebut bocor dan merugikan pemungut nira. Inovasi Perangkap Tebuan yang di hasilkan oleh NAU dapat mengelakkan masalah ini berlaku.

(3) Air Nira Beku;
Air Nira segar yang di pungut tidak dapat bertahan dalam tempoh yang lama. Dalam sekitar 3-4 jam, air nira segar mula berubah warna, rasa dan bau. Ini dapat mengurangkan kualiti Air Nira tersebut untuk di pasarkan kepada orang ramai. Inisiatif NAU ialah menggunakan konsep sejuk beku pada air nira. Air Nira yang telah di sejukbeku dapat memanjangkan jangka hayat, kualiti air nira untuk pasaran.